Ingin Berkongsi Cerita?

Saya berumur 28 tahun dan menderita masalah infeksi pundi kencing.

Ketahui lagi

just an icon

Baca kisah daripada wanita yang mengalami
menopaus dalam mengurus masalah lemah
kawalan kencing mereka.

Idea-idea untuk wanita menopaus

Masalah pundi kencing saya bermula apabila saya mencecah umur 50 tahun dan mendapat menopaus, iaitu pada tahun yang sama. Pada mulanya, saya ragu-ragu mengenai masalah terkucil saya tetapi masalah kawalan ini semakin menjadi-menjadi apabila menopaus saya bertambah teruk.

Jadi saya berjumpa dengan doktor saya untuk mendapat nasihat daripadanya agar masalah ini dapat diatasi. Dia amat memahami situasi saya dan dia menyatakan bahawa ia merupakan salah satu kesan menopaus dan kekurangan penghasilan hormon, terdapat pelbagai cara untuk menangani masalah kawalan ini. Dia juga menasihati saya bahawa sesuatu perkara kecil dilakukan secara berterusan banyak membantu berbanding mencari penyelesaian dengan sekaligus.

Jadi, saya tidak lagi mengambil minuman berkafein di mana ia sememangnya sukar tetapi memberi perubahan yang ketara. Saya juga membuat keputusan untuk menurunkan berat badan dengan melakukan senaman iaitu berjalan laju di kejiranan saya. Selepas kehilangan beberapa kilogram, terhadap perubahan positif pada masalah lemah kawalan kencing saya ini.

Di samping itu, saya kena berhati-hati dengan ubat-ubatan seperti ubat batuk dan selsema yang juga mengandungi kafein.

Walaupun saya masih ada sedikit lagi masalah terkucil ini, saya bersyukur kerana mendengar nasihat doktor saya dan saya berharap agar anda di luar sana dapat mengambil kira idea-idea yang telah saya kemukakan di atas.

Ingin berkongsi cerita?