Ada Soalan untuk Ditanya ?

dapatkan penyelesaian untuk masalah lemah kawalan kencing.

Apakah jenis inkontinen yang sering dialami oleh wanita mengandung ?

Mahu tahu dengan lebih lanjut? Tanyakan pakar kami.

Tanya pakar kami

just an icon

Ikuti kisah wanita yang masih muda dan mengalami
masalah lemah kawalan kencing dan kehidupan mereka.

Beberapa tip untuk mereka yang yang mengalami infeksi pundi kencing dan jangkitan saluran kencing (UTI)

Saya berumur 28 tahun dan sering mengalami jangkitan kuman pada pundi kencing.

Walaupun sekarang ini ia sudah pulih, sekiranya saya minum terlalu banyak alkohol atau memakai pakaian dalam yang seksi dan tidak mempunyai pengudaraan yang baik, saya mungkin akan mendapat jangkitan ini semula dan sakit ketika membuang air kecil.

Jadi, saya ingin berkongsi tip dan pandangan dengan rakan lain yang mungkin juga mengalami jangkitan pundi kencing seperti saya.

Walau pun terasa seperti tidak mahu terkencing langsung, saya dapati dengan meminum banyak air amat bagus untuk kesihatan pundi kencing. Ia juga boleh membantu mengeluarkan kuman dari dalam badan sekiranya kita sedang mengalami jangkitan. Saya selalunya akan minum 8 gelas air sehari dan suka menambahkan jus limau. Saya pernah terbaca yang jus limau yang cair boleh membantu.

Ramai orang menggalakkan meminum jus ‘cranberry’ tapi saya menyesyorkan anda membeli kapsul ‘cranberry’ yang boleh didapati di farmasi. Kapsul tersebut tahan panas dan tidak mengandungi gula berlebihan.

Di musim panas, biasakanlah memakai pakaian kain kapas. Walau pun saya kadang kala agak nakal dan gemar menggunakan ‘g-string’, pakaian dalam yang dibuat daripada kain kapas adalah lebih baik.

Saya mungkin tidak mengikuti segala tip yang diberikan, tetapi ketika mengalami UTI, ia dapat membantu supaya lebih selesa.

Got a story to tell?