Ingin Berkongsi Cerita?

Saya berumur 28 tahun dan menderita masalah infeksi pundi kencing.

Ketahui lagi

just an icon

Baca kisah daripada wanita yang mengalami menopaus
dalam mengurus masalah lemah kawalan kencing mereka.

Mengubah tabiat pemakanan membantu

Saya baru saja menopaus dan mula mengalami ‘hot flushes’, peluh sejuk dan inkontinen jenis desakan. Saya terjaga 2-3 kali di waktu malam. Ianya sungguh menyusahkan !

Saya telah bercadang untuk mengurangkan pengambilan air minuman tetapi saya mendapat tahu ianya akan menjadikan masalah ini lebih teruk.

Jadi, apa yang saya lakukan adalah mengubah tabiat pemakanan saya. Ianya agak menyusahkan tetapi setakat ini saya hanya terjaga sekali sahaja pada waktu malam untuk membuang air kencing.

Perubahan paling besar yang saya lakukan adalah menjamah makanan tengah hari dalam kuantiti yang lebih banyak daripada makan malam. Doktor saya memberitahu proses penghadaman menghasilkan air dan makan dengan banyak membuatkan kita ingin minum banyak air. Jadi, makan malam yang ringan membuatkan kita kurang minum air dan secara langsung, proses penghadaman tersebut akan menghasilkan kurang cecair.

Perubahan yang lain pula adalah dengan tidak mengambil kopi atau teh selepas 1 pagi dan mengurangkan pengambilan garam bagi mengelakkan badan saya dehidrasi dan menghasilkan lebih banyak air kecil.

Walau bagaimanapun, saya tidak pasti sama ada saya akan kekalkan cara pemakanan saya seumur hidup tetapi saya akan mengamalkannya pada hari-hari berkerja. Oleh itu, sesiapa antara mereka di luar sana yang ingin “berubah”, saya mengesyorkan anda mengubah tabiat pemakanan anda.

Ingin berkongsi cerita?