Perubahan semulajadi dalam menempuhi menopaus merupakan
sebahagian daripada kehidupan seseorang wanita. Walau bagaimanapun, ketika mengalami ‘hot flush’, kemurungan, dan pendarahan yang tidak berkala, apabila perubahan hormon ini juga mengganggu kawalan pundi kencing, ia sungguh mengusarkan.
Tip-tip Nutrisi dan Gaya Hidup
Senaman
Berjalan, yoga dan senaman-senaman lain akan mengurangkan simptom-simptom menopaus. Secara am, senaman adalah baik untuk mengekalkan kekuatan otot-otot termasuklah otot lantai pelvik anda. Produk Poise® menawarkan perlindungan maksimum demi keselesaan anda.
Minum banyak air
Walaupun anda fikir bahawa pengurangan dalam pengambilan air membantu, ia sebenarnya memburukkan lagi keadaan pundi anda kerana ketinggian tahap kepekatan urin. Minum 1.5 liter, atau 6-8 gelas air sehari akan memastikan buah pinggang dan pundi anda dalam keadaan baik.
Perhatikan berat badan anda
Menambah berat badan memberikan impak yang serius pada pundi kencing anda dan otot-otot yang lain. Keadaan hormon yang tidak menentu ketika menopaus menyebabkan seseorang untuk makan secara berlebihan lantas, menambahkan berat badan mereka. Oleh itu, kerap perhatikan berat badan anda.
Jangan memburukkan lagi keadaan
Fluid retention dan tekanan darah tinggi berlaku disebabkan oleh perubahan hormon ketika menopaus. Jadi, kurangkan pengambilan makanan yang berlemak tepu dan rendah garam untuk mengelakkan keadaan menjadi lebih buruk.
Jangan pergi ke tandas sekiranya tidak perlu
Elakkan mengamal tabiat ke tandas jika tidak perlu. Ini bagi membolehkan anda melatih pundi kencing anda menampung lebih banyak kapasiti air kencing. Cuba bertahan sehingga pundi kencing anda boleh menmpung sekurang-kurangnya 300ml (lebih kurang 10 saat aliran air kencing).
Peraturan pemakanan
Sesetangah jenis makanan dan minuman boleh menyebabkan berlakunya iritasi terhadap pundi anda. Buah-buahan sitrus, tomato, atau makanan pedas boleh memberi kesan buruk kepada diri anda. Anda akan mendapat tahu makanan apa yang mengganggu masalah lemah kawalan kencing anda dengan membuat satu diari pundi kencing.
Minuman secawan teh atau sesuatu yang lebih kuat
Pengambilan alkohol dan kafein menyumbang kepada dehidrasi badan dengan terhasilnya air kencing, tetapi pada masa yang sama, ianya menyebabkan berlakunya iritasi terhadap pundi kencing. Perhatikan sama ada minuman ini memberi kesan dengan pengambilan secawan minuman berkenaan atau sebaik-baiknya anda berhenti deripada mengambil minuman jenis ini.
Akupunktur
Akupunktur terbukti baik untuk wanita menopaus di mana satu kajian yang dibuat di sebuah universiti di AS menunjukkan wanita yang menjalani rawatan ini dalam 7 minggu dapat mengurangkan in the severity of their nocturnal hot flushes.