Ketika bersalin, pergerakan bayi melalui ruang peranakan
memberi tekanan kepada
otot lantai pelvik dan boleh
menyebabkan hilang kawalan kencing. Sesetengah
wanita mampu mengatasi regangan ini lebih baik
dari wanita yang lain.
Tip-tip Nutrisi dan Gaya Hidup
Protein
Anda hendaklah makan daging, ikan, ayam dan/atau sebarang makanan yang kaya dengan protein untuk membina dan menguatkan otot-otot yang lemah, termasuklah otot lantai pelvik anda.
Senaman Otot Lantai Pelvik
Senaman Otot Lantai Pelvik merupakan cara yang terbaik untuk membaiki dan menguatkan otot-otot lantai pelvik dan membolehkan anda mengawal kembali masalah lemah kawalan kencing. Anda masih belum terlambat untuk melakukan senaman ini.
Minum banyak air
Jika anda menyusukan anak anda, adalah penting untuk anda minum air dengan kuantiti yang banyak kerana badan anda bukan sahaja membuat susu, tetapi kekurangan pengambilan air akan menyebabkan air kencing menjadi pekat lantas merosakkan pundi kencing serta uretra (saluran pundi kencing) anda. Secara tidak langsung, masalah pundi kencing anda akan menjadi lebih teruk.
Senaman untuk wanita yang baru bersalin
Anda boleh mula melakukan senaman secara perlahan-lahan tetapi berterusan. Ini boleh membantu mengurangkan berat badan dan kembali mengaktifkan otot-otot anda serta membantu menguatkan otot lantai pelvik anda. Senaman juga bagus untuk menceriakan hari-hari anda bersama bayi anda.
Peraturan pemakanan
Beberapa jenis makanan dan minuman boleh menyebabkan iritasi pundi kencing. Buah-buahan sitrus, tomato dan makanan pedas akan memberikan kesan kepada diri anda. Anda akan mendapat tahu makanan apa yang mengganggu masalah lemah kawalan kencing anda dengan membuat satu
diari pundi kencing.
Diet yang seimbang
Ambil pemakanan yang kaya dengan serat seperti bijirin (termasuk roti, nasi, pasta dan mi), terutama sekali makanan bijirin penuh. Kesemua makanan ini juga mengandungi protein untuk pembentukan semula otot lantai pelvik anda.