Ingin Bertanya Soalan?

Sudahkah anda mengalami peralihan menopaus dan adakah anda risau tentang masalah kawalan kencing?

Mencari penyelesaian untuk meminimumkan impak menopaus?

Dapatkan bantuan pakar-pakar kami untuk membolehkan anda memahami perubahan Semulajadi dalam hidup anda.

Tanya pakar kami

just an icon

Poise® memahami bahawa masalah lemah kawalan kencing
yang dialami oleh wanita akan mengubah hidup mereka.

Atas sebab itu, Poise® menyediakan maklumat yang khusus,
tip-tip tentang nutrisi dan gaya hidup untuk membantu anda
mengurus masalah ini dengan lebih efektif.

Mengapa Wanita? – Pundi Kencing Wanita dan bagaimana ia berfungsi

Saluran kencing wanita adalah berbeza dengan lelaki kerana kedudukannya yang lebih dalam. Walaupun ini kadang kala membawa kebaikan, ia juga menyebabkan kedudukan struktur otot pundi kencing wanita lebih dalam. Ini bermakna masalah lemah kawalan kencing boleh disebabkan oleh faktor-faktor lain seperti mengandung, beranak, sakit dan infeksi, serta menopaus.

Masalah lemah kawalan kencing yang kerap berlaku dalam kalangan wanita disebabkan oleh otot lantai pelvik, yang terletak di bawah pundi kencing di sekeliling uretra, yang lemah dan tidak cukup kuat untuk mengawal pengeluaran air kencing.

Untuk memahami masalah yang dihadapi, kita harus memahami bagaimana pundi kencing berfungsi:

A side view diagram of the female urinary system

  • Buah pinggang menapis air kencing dari darah dan ia akan disimpan didalam pundi kencing.
  • Pundi kencing adalah satu organ berongga dan berotot yang boleh menyimpan kencing sehingga kita berasa penuh (lebih kurang 300ml).
  • Di tandas, kita mengendurkan otot lantai pelvik dan otak anda akan memberi isyarat untuk otot pundi kencing mengecut lalu memerah keluar airkencing melalui uretra – tiub dari pundi kencing ke luar badan.
  • Apabla otot pundi mengecut, otot yang mengawal uretra supaya sentiasa tertutup ketika menyimpan air kencing (dipanggil otot sfinkter), akan berada dalam keadaan rileks untuk membenarkan air kencing keluar melalui tiub uretra.
  • Seluruh sistem ini disokong oleh otot-otot lantai pelvik yang menganjur dari hujung tulang belakang melalui tulang pubik (tulang di hadapan pelvis).
  • Wanita dengan masalah lemah kawalan kencing mempunyai otot lantai pelvik yang lemah atau rosak dan tidak mampu untuk mengawal pengeluaran air kencing ketika melakukan aktiviti-aktiviti fizikal (bersenam, batuk dan mengangkat barangan).

Wanita yang mempunyai otot lantai pelvik yang lemah atau rosak, menyebabkan mereka tidak dapat merasa pundi kencing telah penuh dan ini menyebabkan masalah untuk mengawal otot sfinkter di sekeliling uretra. Hal ini menyukarkan pengawalan air kencing dan air kencing boleh keluar tanpa disedari dengan kerap atau banyak.

Wanita Muda

Segelas cukup banyak

Alkohol dan kafein sememangnya diperlukan dalam kehidupan wanita tetapi ianya boleh menyebabkan badan dehidrasi dan menyebabkan kerosakan pundi kencing.

Nutrisi untuk pundi kencing

Segelintir makanan dan minuman boleh merosakkan pundi kencing. Buah-buahan sitrus, tomato dan makanan pedas akan memburukkan keadaan.

Jaga tubuh penting anda

Lap dari hadapan ke belakang dan basuh kemaluan anda setiap kali selepas mandi untuk mengelakkan daripada sebarang infeksi.

Mengandung

Minum banyak air

Ianya mungkin agak sukar untuk kerap ke tandas setiap setengah jam, tetapi air kencing yang pekat akan merosakkan pundi kencing anda dan menjadikannya lebih teruk.

Senaman Otot Lantai Pelvik

Senaman otot lantai pelvik yang dilakukan ketika mengandung akan menguatkan kemampuan pengawalan pundi kencing dan membantu ketika melahirkan anak.

Dapatkan lebih serat

Dengan bayi yang sedang membesar, sembelit adalah suatu keadaan yang berlaku ketika mengandung dan hal ini akan menyebabkan ketegangan otot lantai pelvik.

Ibu-ibu

Protein

Protein amat penting untuk membina dan menguatkan otot yang lemah termasuklah otot lantai pelvik.

Melakukan Senaman

Bersenam secara perlahan-lahan tetapi konsisten. Mengurangkan berat badan dan kekal aktif bagi menguatkan otot lantai pelvik.

Senaman Otot Lantai Pelvik

Masih belum terlambat untuk menguatkan kembali otot lantai pelvik anda dan mengawal masalah lemah kawalan kencing.

Perubahan Semulajadi

Bersenam

Berjalan, beryoga dan melakukan senaman-senaman ringan mungkin akan mengurangkan simptom menopaus termasuk juga mood anda.

Sentiasa minum air

Keadaan menjadi lebih teruk jika anda tidak minum air!

Perhatikan berat badan anda

Pundi kencing dan otot lantai pelvik akan terjejas teruk jika anda menambahkan berat badan anda.