Ingin Kongsi Cerita?

Sejak saya telah menimang anak, saya mengalami inkontinens jenis stres ketika saya mengangkat mereka, bersin, batuk dan sebagainya.

Ketahui lagi

just an icon

Sila lihat organisasi-organisasi dan sumber-sumber berikut yang menyediakan bantuan, maklumat dan nasihat untuk wanita-wanita
dan sekeluarga tentang masalah lemah kawalan kencing serta
perkara-perkara yang lain.

Siapa yang boleh membantu – Informasi dan Sumber-sumber

Society for Continence Singapore

The Society for Continence Singapore (SFCS) ditubuhkan oleh sekumpulan doktor, jururawat dan jurupulih yang mengenalpasti keperluan khusus masalah inkontinen sejak tahun 1988 lagi. Objektif pertubuhan ini adalah untuk menyebarkan maklumat dan mendidik golongan kesihatan profesional dan orang awam tentang kaedah-kaedah rawatan dan penjagaan inkontinen. Untuk informasi lanjut, layari   www.sfcs.org.sg

Pelvic Floor Centre at National University Hospital

Pusat kemudahan yang pertama di Asia dengan pendekatan pelbagai disiplin dan integrasi bagi pengurusan masalah gangguan lantai pelvik. Pelvic Floor Center (PFC) di NUH menyediakan pendekatan yang cukup unik serta pelbagai disiplin untuk penjagaan otot lantai pelvik. Untuk informasi lanjut, layari   www.pelvicfloorcentre.com.sg

Singapore Heart Foundation

Singapore Heart Foundation (SHF) adalah pertubuhan yang tidak berasaskan keuntungan yang terkemuka dalam memerangi penyakit jantung di Singapura. SHF memainkan peranan yang semakin penting dalam menyelamatkan nyawa dan mempromosi jantung sihat melalui pendidikan dan menggalakkan orang awam menjaga kesihatan jantung, membantu mereka yang terjejas dan menyokong penyelidikan berasaskan komuniti untuk memahami senario penyakit jantung di Singapura. Untuk informasi lanjut, layari   www.myheart.org.sg

Women’s Initiative for Ageing Successfully

Women's Initiative for Ageing Successfully (WINGS) adalah pertubuhan tidak berasaskan keuntungan yang memberi pendidikan secara terus, rujukan dan runding cara khas untuk wanita 40'an dan ke atas. Untuk informasi lanjut, layari   www.wings.sg

Health Promotion Board

Health Promotion Board (HPB) memiliki visi untuk membina negara yang penduduknya sihat dan sejahtera. Untuk mencapai matlamat ini, HPB bertindak sebagai pemacu utama untuk promosi kesihatan kebangsaan dan program pencegahan penyakit. Matlamat utama adalah untuk meningkatkan kualiti dan jangka hayat yang sihat tanpa penyakit, kecacatan dan kematian pramatang. HPB melaksanakan program 'reach out' kepada penduduk, khususnya kanak-kanak, orang dewasa dan warga tua. Negara yang sihat terdiri daripada warga yang dapat hidup sihat sejahtera. HPB komited untuk membantu warga Singapura mencapai kesihatan yang optimum melalui program promosi kesihatan dan program membasmi penyakit. Untuk informasi lanjut, layari   www.hpb.gov.sg

Osteoporosis Society (Singapore)

Osteoporosis Society (Singapore) adalah pertubuhan tidak berasaskan keuntungan. Aktiviti-aktiviti utama persatuan adalah mempromosi kesedaran umum dan meningkatkan pengetahuan mengenai osteoprosis melalui khidmat masyarakat, forum umum dan program pendidikan. Untuk informasi lanjut, layari   www.osteoporosissoc.org.sg

Breast Cancer Foundation

Breast Cancer Foundation (BCF) adalah pertubuhan yang tidak berasaskan kentungan, ditubuhkan pada bulan Oktober 1997. Jawatankuasa Eksekutif kebanyakannya diwakili oleh orang awam dan beberapa orang doktor pakar. Misi utama BCF adalah untuk 'membasmi' kanser payudara sebagai penyakit yang mengancam nyawa.
BCF berharap dengan meningkatkan kesedaran orang ramai tentang kanser payudara dan menggalakkan para wanita untuk membuat ujian penyaringan sendiri dengan kerap, kanser payudara akan dapat dikesan dengan lebih awal dan peluang untuk selamat dari penyakit itu akan meningkat. Untuk informasi lanjut, layari   www.bcf.org.sg

Parkway Group Healthcare Pte Ltd

Parkway adalah kumpulan penjagaan kesihatan yang terulung yang berpusat di Singapura. Mengendali 16 buah hospital dengan jumlah katil melebihi 3400 buah di Asia, serta pusat bantuan pesakit diserata dunia. Memiliki
pasukan doktor pakar seramai 1200 orang meliputi 40 jenis kepakaran, Parkway komited kepada visinya untuk menjadi peneraju global dalam integrasi penjagaan kesihatan. Untuk informasi lanjut, layari   www.parkwayhealth.com

Huggies® Singapore

Huggies® merupakan salah satu jenama penjagaan bayi dan kanak-kanak yang terkemuka di Singapore. Ia menyediakan pelbagai jenis lampin pakai buang dan diaper pants bagi menjamin kesihatan kulit bayi dan mengekalkan senyuman mereka. Untuk maklumat lanjut, layari   www.huggies.com.sg