Kami, Poise® memberikan anda peluang untuk bertanya soalan kepada pakar kami mengenai masalah lemah kawalan kencing.




Dr. Christopher Chong adalah perintis kepada pembedahan/surgeri prolaps, inkontinens dan pembentukan semula lantai pelvik di Singapura. Terdapat kemajuan yang memberangsangkan dalam bidang Uroginekologi. Dalam perawatan inkontinens, Dr. Chong merupakan antara doktor yang pertama di Asia menggunakan prosedur Tesion-free Vaginal Tape (TVT) dan teknik terkini iaitu TVT-Oburator. Kami telah melakukan lebih daripada 1000 prosedur yang sedemikian rupa. Pembedahan yang tidak invasif ini hanya mengambil masa 10 minit dan dilakukan sebagai day procedure (prosedur yang tidak memerlukan kemasukan ke hospital) dan dengan kesakitan yang minimum. Kadar kejayaan adalah antara 92-94%.
Dr Christopher Chong adalah perintis kepada penggunaan gynemseh dalam rawatan utero-prolapse yang parah, serta mencabar kerana, kegagalan pembedahan tanpa penggunaan jaringan (mesh) tersebut, adalah sekurang-kurangya 30%. Siri pembedahan cystocele (Unjuran hernia pundi kencing melalui dinding faraj) menggunakan jaringan yang dilakukan oleh Dr. Chong mencapai kejayaan jangka pendek 94.5% dan memenangi tempat ke-2 untuk pembentangan poster pada bulan September 2005 di Kaherah pada persidangan UK Royal College of O&G.
Pembedahan kosmetik vagina semakin mendapat sambutan. Salah satu punca utama kekenduran vagina (faraj) adalah disebabkan oleh kelahiran anak yang berulangkali. Vaginoplasty (pengetatan faraj tanpa atau menggunakan laser) dan labioplasty (untuk labia yang membesar) adalah pembedahan yang kerap dilakukan oleh Dr. Chong, “membuatkan wanita kelihatan lebih baik dari baru”.




Soalan Anda


Maklumat Tambahan

Tentang Anda

Sila nyatakan alamat emel anda yang sah bagi membolehkan
kami memberitahu anda setelah soalan anda dijawab.